Sunday, 2 February 2014

Tentang Kita?

hahha. Tentang kita? Tentang aku je kot. hehe. 



Ape pun, tak kesah. Nasib la kan, dah memang dah tertulis macam tu :D
Maybe ada sebab and reason semua benda ni jadi.
hahha (sebab and reason, hyperbola tahap tak ingat)

Let it be. Bukan masalah dunia pun.
tapi kadang kadang teringat jugak. hehhe.
biasa la tu. 
Selalu je harap one day aku bangun, 

"*&*^%#$, who's he?" 
tiba tiba bangun tidor terus hilang ingatan, tak ingat langsung pasal dia.

Tapi macam mustahil la pulak kan.
Takpe la, slowly, pelan pelan akan lupa jugak :D
Stay strong and move on!
Banyak benda lagi yang perlu difikirkan.
Banyak benda yang pentig lagi :D

Lagipun,
cerita ni cerita lama, cerita dah basi, cerita zaman kanak kanak
which keeps reminding myself not to have a crush/crushes. hahha (CRUSHES)

Tu la, jalan lain kali tengok bawah, tengok lantai.
Dalam kelas pun tengok cikgu/lecture je. Tengok whiteboard je.
Ni tak, sekolah rendah pun dah mengade ngade.
Nasib sekolah menengah masuk girls school.
girly gitu~~ hahha

Tapi high education tak separate boys girls la pulakkk. 
Foundation campur laki perempuan.
hurmm, ujian. hahha
Jangan fail ujian kali kedua pulak ye.
Learn your lesson, lady.
Jadikan pengalaman sebagai pengajaran. They're the best teacher!
Actually, all teachers are the best.heheh
Peace teachers! cikgu!



Wednesday, 25 December 2013

Awkward Conversation

What to say to someone that you've just met? Okay let say, he's someone you've known but not really close. Like a friend met during a camp.

ermm... nak cakap pasal ape? Whether? Salah cakap nanti terasa pulak. Contoh. There's a guy ni, macam macam dia tanya aku. Sampai aku rasa benda yang tak patut tanya pun dia tanya. Ayah nama ape, kerja ape. Come on, kau berminat dengan ayah aku ke? Cuba kalau ayah aku dah tak de (CONTOH) tak ke sedih aku nanti kalau orang tanya macam tu. 

Tapi, bila fikir balik, susah la macam tu. Takde ape nak cakap la kan? Tak de topic. So tak payah cakap la. Stay away!!!

Sebab tu jugak la aku ni susah nak make conversation dengan orang lain. Orang lain selamba badak je tanya background family, ayah mak kerja ape.

Tapi bagi aku, benda tu personal la. Memang la kalau orang tanya aku jawab je. Tapi aku memang tak boleh nak keluarkan soalan macam tu balik. Kalau orang tu tanya soalan2 species macam tu kat aku dengan harapan aku akan tanya soalan yang sama kat dia balik, memang sia2 la. Sure aku takkan tanya.

FIRST sebab aku rasa tak penting pun nak tau mak bapak kau kerja ape. SECOND baru kenal kan? apesal nak sebok2 sangat? 

Sometimes orang tak perasan yang benda2 macam ni sangat sensitive. Contoh, member aku ni dah tak de ayah. Nobody knows until one fine day, one of us ask her. 

"weyyy, ayah kau kerja ape?"
"Ayah aku dah takde."

krikkk krikkk krikkk

haaaa.. tak ke rasa bersalah tu. Kalau la contoh dia tu dari keluarga yang miskin, mungkin dia kurang senang kalau orang tanya macam tu. Bukan la malu, tapi mungkin tak selesa. Sama jugak kes tanya result orang, pointer. 

Kalau dah sah sah terang lagi bersuluh orang tu genius, pandai, tak pe la nak tanya pointer. Dia pun tak la rasa malu nak bagi tau. Bangga lagi ada la. Ni kalau orang tu academic dia biasa2 je, tak yah la busybody nak tau pionter orang. Cuba kalau benda tu jadi kat diri sendiri. Fikir la.



Aku ni sampai sekarang tak berani nak tanya soalan2 sensitive macam ni even orang tu dah tau macam2 pasal aku. Lagipun aku macam rasa something wrong je. Baik jangan tanya. 

Kadang kadang kita kena fikir jugak situasi orang lain. Maybe benda tu nampak takde ape kat kita. Tapi bagi diorang soalan tu tak proper. 

Lagipun,,, apesal sibuk sangat nak tau pointer orang? Nak tau mak bapak orang kerja ape? Seriously tak paham aku. Mind Your Own Damn Business. Peace yaww :D

Tuesday, 24 December 2013

Doctor-to-be

Bila semua orang nak jadi doctor.. hehhe. Okay la tu, at least diorang ada cita-cita and yakin dengan diri sendiri yang diorang mampu. Plus, sokongan keluarga lagi. Bukan senang nak buat keputusan untuk ambik course medic ni. Kena kuat. Mentally, physically, emotionally.

The process of being a doctor isn't easy. Life is no bowl of cherries. Berhempas pulas, struggle 5 tahun belajar, Houseman 2 tahun, kena maki dengan doctor senior, kena maki dengan patients. It really need a great courage to be a good doctor. 

Kena banyak sabar, kalau tak free free je doctor senior and patients tu kena fire balik. Aku tengok member2 sekeliling ramai je yang sambung dengan medic walaupun sejak habis sekolah menengah ni dah tak dengar cerita sangat.

Tau2 mostly ambik medic. Alhamdulillah la untuk diorang. hurmmm, semua dah jadi doctor, biar aku je la jadi patient. Yang lagi kagum, ade student yang biasa2 je waktu high school mampu ambik medic. Tabikk la. Sangat kagum dengan courage diorang. Aku nak daydream pasal nak jadi doctor pun tak berani.

Tapi kena ingat jugak, kenapa nak jadi doctor? Sebab title? Parents? Sounds cool? 

"yo bro, kau belajar ape sekarang?" 
"Aku ambik medic." 
"waaaa..."

Ataupun memang cita-cita sejak kecil? Ape pun alasanya, biar la belajar ni kerana Allah, supaya dipermudahkan segala urusan. :D

Kalau nak ikutkan, cita-cita aku sejak kecil nak jadi polis. hehhe. but, ambition changes with time. Sekarang seriously aku dah lost track, dah tak boleh nak detect aku nak jadi ape. Tapi kalau mengikut course yang aku ambik sekarang ni memang menyimpang jauh la dari polis.

Ape pun yang aku AKAN jadi, insyaALLAH, ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk aku. rezeki ALLAH dah aturkan siap2 untuk hamba2 dia. Bersyukur at least aku ada peluang untuk sambung belajar. :D

Kadang kadang yang ambik course gempak pun belum tentu dapat kerja. Bukan nak jatuhkan orang, tapi tu la realiti hidup. Tengok tengok member yg fail SPM jugak yg berjaya dengan business burger diorang. Tu la bukti, rezeki masing masing Allah dah tentukan. Jangan nak risau sangat, tapi jangan jugak tak ambik kesah pasal masa depan langsung. *note to myself.

*tapi kadang2 jealous jugak dengan cousin aku sebab dia dapat join askar :P alaaa, tak pe, rezeki masing2 insyaALLAH ade. dia takpe la, lelaki. gaya ayah nak bagi je kalau aku cakap nak join polis :(

Friday, 20 December 2013

Berjaya Times Square

First time menjejakkan kaki ke Berjaya Times Square or BTS or TS or Times Square. Member2 aku ajak sebelum2 ni tak pernah nye aku nak ikut. Tapi semalam aku pegi jugak sebab 'adik2' ni ajak. 
Kira nye macam last outing la sebab malam tu one of them dah nak balik, InsyaAllah, kalau jumpa lagi pun kat Kuantan nnt. Sorang lagi balik petang ni, the other one balik 28, aku last, balik 30.

So, sampai la kat TS. First impression, biasa je. kalau macam ni baik pegi Mid je. Nothing special. Susah2 je pagi jauh. Tapi takpe la, at least pernah jugak pegi TS walau pun berlaku peristiwa hitam2 kelabu sikit.

Sampai sana around 12 lebih. Monorail is so tak best la. dah la kecik. Station dia tak best pulak tu. Mula2 pegi kedai baju? Ntah la, macam gedung je. Semua benda ada la kat situ. Baju, handbag, semua benda yang tak menarik untuk aku tengok. Tapi takpe la, teman diorang.

Lepas tu keluar sembahyang Zohor. Lepas sembahyang zohor, kita orang rush pulak sebab nak tengok movie. Cerita Frozen. Cerita kartun. Tapi okay la, best jugak. 

Lepas tu, keluar. Pegi cari makanan. Makan kat KFC, Chewy Cheese :D Not bad, sedappp. Then ambik2 gambar kat tangga piano sebelum naik tingkat 7 untuk solat. Naik lift... and masa tu la ada orang ambik phone aku. Cisss.. rasa geram je, macam geram kat nyamuk. Sebab aku nampak nyamuk tu gigit aku, tapi aku tak dapat tangkap dia. Aku tau phone aku hilang dalam lift, tapi aku tak boleh dapatkan balik. Aku siap masuk balik dalam lift tu kot. Tapi aku hanya mampu tengok je la diorang, tengok tangan diorang. Nak je aku cakap "bagi balik!" tapi nak tuju ayat tu kat sape? sah2 dia tak kan ngaku. 

Takpe la, benda dah jadi. Allah nak uji aku supaya aku tabah kot, boleh handle situation macam ni. 

Wednesday, 18 December 2013

Sharing Moment

Sharing moment yang membuatkan aku terkelu kejap. Nak share ape? Takkan senang2 je nak bukak mulut nak cerita bende2 personal dekat orang yang kita baru kenal. Open pulak tu. Aku ni dah la senang leleh. dengar cerita orang pun dah leleh.

Karang baru la banjir fasa kedua. Lagi pun, aku tak cukup kuat lagi nak cerita bende2 macam tu dekat orang lain. Tak sedia lagi nak cerita masalah dan pengalaman hidup kat orang lain. 

Sangat2 respect la kat budak2 ni yang berani and ada kekuatan tu untuk share pengalaman diorang. Mostly, pengalaman yang diorang alami aku pun pernah merasa. Cuma nak convert mende tu dalam bentuk kata2 sangat la susah. Nak convert segala pengalaman dan kisah hidup dalam bentuk kata kata tanpa mengalirkan air mata aku rasa aku tak ready lagi. 

Memang la aku nampak happy go lucky, tak kesah punye orang. Tapi setiap orang ada kisah masing2. Bila dengar cerita diorang, baru aku tau, bukan aku sorang yang merasa jalan hidup macam tu. Kisah diorang lagi la menyedihkan. Bersyukur la sangat dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Rupa2 nya hidup ni lebih kurang sama je. Bukan nak judge, tapi dia pun boleh tersuka kat lelaki, dia yang tudung labuh pun boleh lalai dengan lelaki, aku apatah lagi kan? Dia sendiri mengaku yang dia bermesej dengan lelaki tu sampai pukul 2 pagi, sampai tak terbuat homework. 

Tu bukan kisah masa sekolah menengah, tu kisah masa kat CFS. And, lelaki tu pun budak sekolah agama. Nampak sangat la kan, manusia ni sama je semua, ada perasaan. Cuma bila kita dah boleh fikir ni, kena la cuba berubah, biasakan perkara yang betul, jangan ikut sangat kata hati ni. Budak tu sampai nangis kot masa bercerita. Aku pun macam dah tak boleh tahan, sebab terasa jugak. Dia kata dia dengan lelaki tu memang lama tak mesej, tapi dia tertunggu2 la mesej dari lelaki tu. 

Dia kata bila lelaki tu mesej dia, dia rasa happy sangat. dah nama pun remaja, ada perasaan kat opposite gender. Tu nasib baik dia tersedar yang lelaki tu melalaikan dia and dia berani untuk berterus terang kat lelaki tu yang apa yang diorang buat tu tak betol. And lelaki tu jugak faham. Kalau dah sama2 suka, tak perlu la selalu sangat mesej. Kadang2 tu boleh la. Tapi kes dia pun kadang2 jugak, cuma kadang2 dia tu melarat sampai pukul 2 pagi. 

Kita doa, supaya Allah kuatkan iman kita. Kita doa supaya Allah tabah kan hati kita, kita doa supaya Allah jadikan kita insan yang bertaqwa. Sebab tu la Allah hantar dia, dia dan dia dalam hidup kita ni. Allah nak didik, nak uji. Tapi nampak nya macam aku dah gagal. Kalau orang yang tak nampak the actual reason Allah hantar those people into the life, sure la akan ingat “oh, dia la yang allah tentu kan untuk aku. Jodoh aku.” 

Padahal tak sedar yang tu ialah ujian and latihan dari Allah sebelum Allah makbul kan permintaan kita. Takkan senang2 je nak jadi orang yang beriman, orang yang kuat, orang yang tabah. Melalui orang sekeliling and environment la Allah bantu kita untuk menjadi seperti apa yang kita doakan. Kita ni je yang tak nampak dan salah tafsir jalan cerita hidup sendiri. Konon setiap lelaki yang datang dalam hidup tu jodoh. Come on. There’re tests from Allah. And it looks it I’ve failed most of the tests. I’m not thinking straight. Astagfirullahhalazim

Tuesday, 17 December 2013

What if ?

What if he read this blog? Oh my! hahha. Dia akan baca ke? Kau akan terbaca ke? hahha. Kalau ditakdirkan kau terjumpa blog ni nak buat macam mana kan. Normal la tu kalau aku ada feelings kat someone. Mungkin yang tak normal tu, aku boleh pulak tersuka kat kau sedang kan kau suka kat orang lain. sign.

KAU!

Kalau kau terjumpa blog ni, kalau kau terbaca entry2 aku yang merepek pasal kau ni, aku harap kau boleh buat tak tau je. Don't ever tell me that you have read it. 

You have two choices: 

ONE: Treat me as usual tanpa bagitau aku yang kau dah tau perasaan aku kat kau.

TWO: Kalau kau rasa tak boleh terima dah aku even as a friend, just disappear from my sight. Please, don't ever tell me that you've known my feelings towards you. 

Malu la weyyy... hahha. "Tau pun malu. Ranting, confessing kat sini tak malu pulak kan."

Oh well, orang yang baca blog ni bukannya kenal aku pun. It's just like my diary, my open diary :P

Monday, 16 December 2013

Giving Up

Memang orang kata jangan give up. Jangan putus asa. Tapi aku rasa, dah tiba masanya untuk aku give up dengan dia. Give up untuk kali ke berapa ye? ermmm... hahha. Kali ke tiga mungkin. Tapi aku rasa macam bukan give up je, lebih kepada merajuk. 

Merajuk sedangkan dia tak tau pun yang aku merajuk dengan dia. Last2, aku pujuk diri sendiri and hilang la the so-called 'give up' tu. Tapi bersem sem jugak la merajuk aku tu.hahha. Nampak sangatkan, susahnya nak lepas kan someone tu. Tapi dia tak tau pun. Okay.

Maybe this time, for real aku kena give up. Please, stay strong. Jangan pandang belakang dah. Stick to your decision. Tapi susah la, unless aku dah grad.

You'll lose nothing kalau kau lupakan dia pun. Percaya la, what's written will happen.

*ayat nak sedapkan diri sendiri. 

Tabah la wahai hati. He means nothing. Seriously, dia tak salah pape pun. Diri sendiri yang salah sebab tak pandai nak kawal perasaan. Get over it.

Sibuk kan diri dengan benda benda lain. Assignments, tutorials, quizzes, exams. Sibuk kan diri mencari ALLAH. Preparation untuk mati lebih penting dari melayan perasaan kena reject, pre-reject. hihi :D